Latest topics
» Kecek Ganu by loghat tranung
Sun Apr 15, 2012 5:50 am by silverramboman

» heroes season3 ep1-ep25
Fri Jul 17, 2009 2:05 am by Admin

» Install window Xp pada hard disk SATA
Tue Apr 14, 2009 7:38 am by Admin

» Windows XP Tips :: How To Turn off Autoplay
Sat Mar 28, 2009 4:46 am by us3n

» Prison Break Season 4
Sun Dec 28, 2008 5:51 am by Admin

» Smallville Season 8
Mon Dec 22, 2008 5:54 am by Admin

» new PSP2 realese at 2009
Sat Dec 20, 2008 5:32 am by us3n

» caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM
Thu Dec 18, 2008 10:14 am by dLy

» supernuteral season 4
Thu Dec 18, 2008 7:06 am by Admin


SAMPAI BILA KEGANASAN HARUS BERLAKU?

View previous topic View next topic Go down

SAMPAI BILA KEGANASAN HARUS BERLAKU?

Post  anix_core on Tue Nov 25, 2008 8:49 am

PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN KERAJAAN AMERIKA-BRITAIN !

Kenyataan Media Bersama Persatuan-persatuan Pelajar Malaysia

PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN KERAJAAN AMERIKA-BRITAIN !


Puluhan bom telah pun digugurkan! Puluhan roket "tomahawk" telah pun
dilancarkan! Dan ketika matahari baru terjaga Kota Baghdad bergegar dengan dentuman serangan di subuh hari. Dan ketika kita di Malaysia sedang enak-enak bersarapan, berehat di kedai kopi atau sibuk menjalankan urusan kerja, pada jam 10.35 pagi tadi suatu jenayah kemanusiaan telah pun bermula.

Perang yang diishtiharkan oleh Kerajaan Amerika terhadap bumi Iraq dengan pengeboman pertama pada jam 10.35 pagi tadi merupakan suatu jenayah kemanusiaan yang harus dikutuk oleh setiap rakyat dan kerajaan yang cintakan demokrasi, keadilan dan keamanan buat masyarakat dunia.

Tindakan Kerajaan Amerika-Britain di bawah pimpinan Bush-Blair yang langsung tidak mengendahkan resolusi majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menolak perang ke atas Iraq merupakan suatu tindakan yang biadab dan tidak bertamadun. Pengishtiharan perang oleh Amerika-Britain tanpa mendapat mandat daripada Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan suatu sejarah hitam di dalam tatanan kehidupan bermasyarakat buat negara-negara di dunia ini.

Ia memberi erti bahawa mana-mana sahaja negara yang memiliki kekuatan senjata yang besar boleh melakukan apa sahaja tindakkan terhadap negara-negara yang dilihat sebagai mengancam kepentingan mereka tanpa perlu mendapat persetujuan dari Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dan "precedent" yang sangat merbahaya ini telah pun dimulakan oleh
Amerika-Britain dengan serangannya ke atas Iraq. Justeru itu, kemungkinan besar ianya tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Selepas Iraq, negara mana lagi pula yang akan menjadi mangsa kepada kerakusan kuasa Kerajaan Amerika-Britain?

Dan ketika Amerika-Britain menjustifikasikan serangan mereka di atas nama demokrasi dan peluputan senjata pemusnah yang sampai sekarang tidak dapat dibuktikan kewujudannya di Iraq, regime Zionis Israel pimpinan Ariel Sharon yang didukung oleh Kerajaan Amerika sedang dengan rakusnya membunuh rakyat Palestine yang tak berdosa. Tanah-tanah rakyat Palestine yang dirampas dengan cara kekerasan masih belum dikembalikan.

Dan Regim Zionis Ariel Sharon saban hari di hadapan batang hidung Bush dan Blair melanggar sewenang-wenangnya ketetapan yang telah diputuskan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyerahkan kembali wilayah Palestine yang diduduki oleh mereka. Begitu juga dengan 200 senjata nuklear yang di punyai oleh regim Zionis Israel yang dihalakan ke kota-kota besar negara-negara Arab tidak pula dituntut untuk diluputkan oleh Kerajaan Amerika-Britain.

Justeru itu, jelas menunjukkan bahawa peristiharan perang oleh
Amerika-Britain ke atas Iraq atas nama demokrasi dan peluputan senjata pemusnah merupakan suatu pembohongan terang-terangan kepada masyarakat dunia. Rakyat Iraq dimangsakan, rakyat Palestine tidak dipedulikan, Regim Zionis Israel pula yang dibiarkan bermaharajalela.


Dan perang tanpa mandat dari Bangsa-Bangsa Bersatu yang sudah pun
dilancarkan oleh Amerika-Britain terhadap rakyat Iraq ini pastinya akan
memangsakan rakyat awam yang tidak berdosa, wanita dan kanak-kanak.

Ribuan rakyat awam yang akan terbunuh, ribuan wanita yang akan kehilangan suami dan ribuan kanak-kanak yang akan menjadi yatim piatu. Dan Amerika-Britain harus bertanggungjawab di atas jenayah kemanusiaan yang mereka lakukan ke atas rakyat Iraq!

Perkara ini seharusnya memanggil tindak balas dan kecaman seluruh dunia ke atas Kerajaan Amerika-Britain atas kejahatan yang diusahakan oleh Bush dan Blair. Pertentangan antara Amerika dan Iraq ini harus kita ingat bukanlah semata-mata pertentangan antara Islam atau bukan Islam tetapi suatu pertentangan antara kemanusian masyarakat dunia dan kejahatan Kerajaan Amerika-Britain yang merentas batas-batas agama, kaum, bangsa dan budaya.

Ketika kita di sini berkumpul untuk menyatakan bantahan, ratusan ribu orang malahan jutaan manusia-manusia lain yang beragama dan yang tidak beragama di Eropah, Asia dan Latin Amerika turut berhimpun menentang jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Kerajaan Amerika-Britain ke atas rakyat Iraq ini.

Justeru itu bantahan ini dibuat bukan hanya atas nama agama tetapi juga atas nama keamanan dan keadilan bagi masyarakat dunia menentang kekejaman dan kezaliman kuasa tunggal yang menindas.

Dengan itu kami menyeru agar tekanan yang diberikan kepada Amerika bukan sekadar hanya kecaman, tetapi Kerajaan Amerika-Britain harus tidak lagi diktiraf sebagai sebuah negara yang berdaulat dan bertamadun. Justeru itu kami menuntut supaya Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad jika benar-benar serius di dalam kempen "AMAN Malaysia" mereka supaya memutuskan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Amerika-Britain.


HENTIKAN PEPERANGAN KE ATAS IRAQ SEKARANG !

TARIK KELUAR SELURUH TENTERA AMERIKA DARI TIMUR TENGAH !

PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN AMERIKA-BRITAIN !

KEMBALIKAN WILAYAH PALESTIN KEPADA RAKYAT PALESTIN !

Kenyataan Media ini telah diakui dan ditandatangani bersama oleh:
MPMI, Karisma, Isrec, UBU, BBMN, PKPIM dan New Era College Student Council pada Hari Pertama Jenayah Kemanusiaan dilakukan oleh Kerajaan Amerika-Britain

anix_core
paparazi
paparazi

Number of posts : 32
Registration date : 2008-11-02

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum