Latest topics
» Kecek Ganu by loghat tranung
Sun Apr 15, 2012 5:50 am by silverramboman

» heroes season3 ep1-ep25
Fri Jul 17, 2009 2:05 am by Admin

» Install window Xp pada hard disk SATA
Tue Apr 14, 2009 7:38 am by Admin

» Windows XP Tips :: How To Turn off Autoplay
Sat Mar 28, 2009 4:46 am by us3n

» Prison Break Season 4
Sun Dec 28, 2008 5:51 am by Admin

» Smallville Season 8
Mon Dec 22, 2008 5:54 am by Admin

» new PSP2 realese at 2009
Sat Dec 20, 2008 5:32 am by us3n

» caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM
Thu Dec 18, 2008 10:14 am by dLy

» supernuteral season 4
Thu Dec 18, 2008 7:06 am by Admin


MENDOBRAK SISTEM YANG ANTI ANAK MUDA

View previous topic View next topic Go down

MENDOBRAK SISTEM YANG ANTI ANAK MUDA

Post  anix_core on Tue Nov 25, 2008 8:47 am

Anak muda merupakan tulang belakang kepada kekuatan sesuatu bangsa atau negara. Kemudaan usia memungkinkan untuk mereka ( baca : anak muda ) untuk berpartisipasi secara aktif dalam program-program kemasyarakatan.Namun kita sering dicanangkan tentang permasalahan sosial di dalam masyarakat yang melibatkan anak-anak muda. Di antara masalah-masalah yang sering di war-war kan adalah seperti masalah seks diluar nikah, masalah pembuangan bayi, masalah lumba haram, kongsi gelap, gejala dadah dan yang terbaru adalah gengsterism.

Apabila berbicara tentang permasalahan ini ramai tokoh-tokoh akademik yang menciptakan tentang punca dan bagaimana untuk mengatasinya. Mereka ( baca : tokoh akademik ) sering menuding jari menyalahkan ibu bapa kerana gagal untuk mendidik anak-anak mereka. Guru-guru juga sering menjadi kambing hitam untuk disalahkan jika berlaku masalah yang melibatkan anak muda. Masalah-masalah kemiskinan jarang sekali di sentuh sebagai punca berlakunya masalah ini. Sedangkan jika kita kaji tentang "kaum miskin kota", kita akan melihat bahawa kemiskinan inilah adalah satu factor penting yang menyebabkan berlakunya masalah social dalam masyarakat.

Kerajaan juga tidak ketinggalan untuk terheret sama untuk menyelesaikan permasalan ini. Pelbagai program-program dilakukan untuk menarik pengelibatan anak-anak muda contohnya seperti Program Rakan Muda. Kerajaan sering mengatakan bahawa peruntukkan yang disediakan untuk melaksanakan program untuk anak-anak muda amat besar, namun permasalahan sosial yang melibatkan anak-anak muda masih lagi tidak dapat dikurangkan malahan peratusannya dikatakan semakin meningkat. Kerajaan tidak dilihat serius dalam menangani masalah ini seperti melepaskan batuk ditangga. Selebihnya ibu bapa dan anak muda sendiri disalahkan. Media-media elektronik, media-media cetak dan internet juga tidak terlepas untuk dijadikan kambing hitam sebagai punca permasalahan social di kalangan anak-anak muda.

Pernahkah kita bertanya mengapa ini berlaku?

Terdapat banyak faktor yang telah menyebabkan permasalahan ini tidak dapat di atasi. Pada pandangan saya akar kepada permasalahan ini ialah " Sistem Yang Sedia Ada Anti Kepada Anak Muda ". Sistem ini juga telah menjadi satu "hegemoni" yang telah membentuk masyarakat yang anti anak muda.

Mengapa saya berkata begini?

Pertama cuba kita kaji kembali masyarakat umum di negara kita tidak kira bangsa Melayu, Cina dan India. Kita akan dapat lihat anak-anak muda tidak begitu berpartisipasi di dalam kehidupan sosial masyarakat. Di rumah pula apabila anak-anak muda cuba memberi pandangan, ibu bapa sering akan mengatakan ayat-ayat yang anti anak muda seperti " kau belajar lagi", " habiskan belajar dulu ", " aku lebih dulu makan garam pada kau ", " kau budak-budak lagi apa yang kau tahu " dan banyak lagi. Apabila ibu bapa memarahi kita dan kita cuba menjelaskan apa yang berlaku kita akan dimarahi dengan " kau dah pandai menjawab ye ! ". Perkara akan dilalui hampir sama bagi setiap anak-anak muda di dalam masyarakat tidak kira golongan miskin atau kaya. Persekitaran sebeginilah yang menyumbang kepada anak-anak muda yang lebih berminat untuk menyertai kegiatan-kegiatan social di luar yang negative daripada hidup bermasyarakat.

Kedua cuba kita kaji kembali sistem di dalam masyarakat yang tidak berpihak kepada anak muda. Di dalam masyarakat kita memang terdapat banyak persatuan-persatuan untuk anak muda baik di dalam kerajaan mahupun yang bukan kerajaan. Organisasi anak muda seperti Majlis Belia Malaysia ( MBM ) , Belia 4B, Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) dan banyak lagi juga masih gagal untuk menerapkan nilai-nilai yang baik dikalangan anak muda. Di peringkat universiti pula kita sering terdengar nama-nama seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS ),Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia ( GAMIS ), KARISMA ( Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia ), Barisan Bertindak Mahasiswa Negara ( BBMN ), DEMA juga tidak berjaya untuk mempengaruhi majoriti mahasiswa di kampus.

Pada pandangan saya persatuan-persatuan anak muda yang sedia ada gagal untuk menjadi " main stream " dikalangan majoriti anak muda dan mahasiswa di atas beberapa sebab yang relevan jika kita fikirkan. Pertama cuba kita ambil contoh GPMS, Presidennya ialah Dato Suhaimi Ibrahim seorang yang tidak lagi muda tetapi memimpin organisasi orang muda. Ini tidak memungkinkan untuk beliau memahami trend-trend terbaru dikalangan anak muda. Jadi bagaimana kita nak harapkan anak muda akan berpartisipasi dengan organisasi seperti ini? Pemimpin-pemimpin ABIM, MBM dan Belia 4B juga terdiri dikalangan orang-orang tua yang tidak memahami jiwa anak-anak muda.

Kedua jika kita lihat persatuan-persatuan ini seringkali ingin menerapkan budaya-budaya yang membosankan dan berimej " Mat Belia ". Ini adalah kerana majoriti pemimpin-pemimpin persatuan ini terdiri daripada " Mat Belia" dan " Mat Skema ". Mat Belia dan Mat Skema sudah tentu tidak akan memahami permasalahan sebenar dan minat anak-anak muda. Ini kerana mereka hidup dalam satu dunia yang lain daripada " mainstream " masyarakat ramai.

Undang-undang dan akta-akta yang sedia ada tidak memungkinkan untuk anak muda di kampus untuk berpartisipasi secara aktif didalam masyarakat. Di peringkat universiti Akta Universiti dan Kolej Universiti ( AUKU ) tidak memungkinkan mahasiswa untuk membentuk cara hidup dan " trade mark " mereka sendiri. Akta anti anak muda ini juga tidak memungkinkan mahasiswa untuk berpersatuan secara bebas. Jadi luahan sebenar dan apa yang mereka inginkan tidak dapat dilakukan di dalam kampus. Universiti yang seharusnya menjadi gelanggang untuk perdebatan ilmu dan tempat untuk menzahirkan kreativiti telah berubah menjadi kilang yang melahirkan graduan-graduan seperti robot yang hanya akan berfungsi untuk memenuhi peluang pekerjaan. Jadi jika peluang pekerjaan tidak ada maka ramailah yang terpaksa membuka " kebun anggur " dan menjadi penganggur terhormat.

Jadi, apa yang boleh dilakukan ? Beberapa perkara harus dilakukan dengan segera untuk memastikan system yang anti anak muda ini dapat didobrak oleh kita ( baca : anak muda ). Perdana Menteri kita yang baru iaitu Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak dilihat akan melakukan sesuatu perubahan ke atas masyarakat anak-anak muda. Beliau itu sendiri merupakan bekas presiden Belia 4 B dan GPMS, sudah tentu beliau akan memaksakan Hegemoni Mat Belia dan Mat Skema dikalangan anak muda. Anak-anak muda seharusnya ada inisiatif sendiri untuk menciptakan dunia yang mereka idamkan. Contohilah anak muda yang membangunkan " underground scene " untuk memenuhi minat mereka terhadap muzik yang selain daripada " mainstream ". Mereka ( baca: budak-budak underground ) berjaya membangunkan dunia yang di inginkan tanpa campur tangan dan bantuan daripada mana-mana pihak. Konsep DIY ( Do It Yourself ) adalah satu konsep yang harus di contohi oleh kumpulan-kumpulan anak muda yang lain.

Pelajar-pelajar universiti yang tidak berminat dengan mainstream yang dikuasai oleh Mat Belia dan Mat Skema bolehlah membangunkan dunia mereka sendiri. Tidak perlu mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan pihak universiti. Jika berminat untuk bermotosikal bolehlah menubuhkan kelab mereka sendiri contohnya seperti di UPM terdapat kelab motorsikal yang ditubuhkan di atas inisiatif mahasiswa sendiri yang dinamakan SETARA ( Kelab Motor Pelajar-Pelajar Selatan dan Utara ). Kelab ini tidak di sponsor oleh mana-mana pihak. Mereka mengumpulkan dana sendiri dan bergerak secara independent dan tersusun. Kumpulan-kumpulan yang minat dengan kesenian, kebudayaan, politik, filem, kewartawanan dan lain-lain juga bolehlah mencontohi seperti apa yang dilakukan oleh kelab SETARA di UPM.

Kita tidak seharusnya menjadikan tabu-tabu yang diciptakan oleh system ini sebagai penghalang kepada kreativiti dan minat. Kita harus mendobrak tabu-tabu yang menjadi penghalang untuk kita berkembang maju. Jangan sia-siakan bakat dan kreativiti yang ada. Kitalah yang akan mewarisi dunia ini. Orang-orang tua sememangnya tidak memahami kehendak dan cita rasa kita. Merekalah yang menciptakan tabu-tabu yang anti kepada anak muda. Belajar dari pengalaman mereka tidak salah tetapi tak bermakna harus menjadi robot yang diprogramkan oleh mereka. Lawan segala bentuk cengkaman ini dengan membangunkan masyarakat anak muda yang independent. Anak muda sememangnya mempunyai hak untuk melakukan kesilapan kerana ianya merupakan proses untuk pendewasaan fikiran. END.

( Amin Iskandar merupakan bekas mahasiswa UPM yang terlibat aktif dengan Universiti Bangsar Utama dan Bekas Presiden Kelab Motosikal Mahasiswa UPM. Beliau sekarang ini adalah penulis bebas dan aktif di dalam KUBU ( Kumpulan Kebudayaan UBU ).



anix_core
paparazi
paparazi

Number of posts : 32
Registration date : 2008-11-02

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum