batch3 D3D ghanu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Latest topics
» Kecek Ganu by loghat tranung
caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM EmptySun Apr 15, 2012 5:50 am by silverramboman

» heroes season3 ep1-ep25
caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM EmptyFri Jul 17, 2009 2:05 am by Admin

» Install window Xp pada hard disk SATA
caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM EmptyTue Apr 14, 2009 7:38 am by Admin

» Windows XP Tips :: How To Turn off Autoplay
caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM EmptySat Mar 28, 2009 4:46 am by us3n

» Prison Break Season 4
caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM EmptySun Dec 28, 2008 5:51 am by Admin

» Smallville Season 8
caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM EmptyMon Dec 22, 2008 5:54 am by Admin

» new PSP2 realese at 2009
caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM EmptySat Dec 20, 2008 5:32 am by us3n

» caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM
caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM EmptyThu Dec 18, 2008 10:14 am by dLy

» supernuteral season 4
caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM EmptyThu Dec 18, 2008 7:06 am by Admin


caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM

2 posters

Go down

caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM Empty caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM

Post  FaRaH Qi$tINa Mon Nov 24, 2008 9:06 am

Cara menahan marah


Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yg diluar batasan. Jadi Islam mengajar utk menahan marah seperti berikut:

Pertama

Melatih diri untuk bersifat baik dan positif spt lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa2 situasi.

Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :

Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa'nah (sebelum keislamannya) , datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar

"aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik"

Nabi meminta shbt untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sbg tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.

Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam

(hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)

Kedua

Hendaklah seseorang itu menguatkn jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian igt tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain.
Firman Allah swt

"Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan" (Al-imran:134)

Nabi SAW bersabda bermaksud :

"sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari"
(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

"tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta'ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan"
(hadith riwayat Abu Daud)

Ketiga

Meminta perlindungan kepada Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam.
Firman Allah Ta'ala :


"dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui" (Al-A'raf:200)

2 org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :

"sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dgn Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam"
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Keempat

Orang yg marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.


Nabi SAW bersabda maksudnya :

"apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

Kelima

Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda

Nabi SAW bersabda maksudnya :

"apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"Nabi saw mengucapkannya 3 kali"
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Keenam

Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yg dicipta daripada api. maka yg demikian, yg dpt memadamkn api adalah air yg dpt diperoleh daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dpt meredakan kemarahan

Nabi SAW bersabda maksudnya :

"sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

"Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam"
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)
Rujukan: Al-Wafi Fi Syarhil Arbai'in an-Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugho dan Dr Muhyiddin Mistu.


"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
FaRaH Qi$tINa
FaRaH Qi$tINa

Number of posts : 5
Registration date : 2008-11-13

Back to top Go down

caRa mEnaHaN maRah mEnuRuT ISLAM Empty ai farah...

Post  dLy Thu Dec 18, 2008 10:14 am

saya nok tau ttg akibat n dosa org y suke menjadi batu api dikalangan umat islam...
kalu bleh bg makne hadis skali...2 pn kalu ade la.....
tq.
dLy
dLy
paparazi
paparazi

Number of posts : 31
Registration date : 2008-10-30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum